Siri Tv KAMI ni memang top pada tahun 2007, dan siri ni adalah platform utama yang telah melonjakkan muzik independent malaysia hingga menjadi popular di arena arus perdana hingga kini. Jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain. Siri tv 8 episod ini juga telah disambungkan penamatnya dalam sebuah filem iaitu KAMI THE MOVIE yang ditayang pada hari raya kedua tahun 2008 tak silap aku. Jum layan ^__^
Mula Tayangan: 5 september hingga 24 oktober 2007
Hari Tayangan: Setiap rabu
Masa Tayangan: 10.00 malam
Pelakon: Zahiril Adzim, Nas-T, Liyana Jasmay, Ezani, Ani zayanah, Juliana Evans
Episode: 8 episod
SINOPSIS EPISOD : Semata-mata untuk mengendali fanzine KAMI serta menggantikan komputernya, Lynn bersusah-payah untuk mendapat wang, sehingga sanggup mengadakan "tuisyen" haram dan membeli dadah. Ketika menghadiri gigyang dipersembahkan oleh kumpulan Bittersweet di kelab istirahat Paul's Place, ibunya terjumpa dadah dalam almari bilik anaknya sendiri.
SINOPSIS EPISOD : Ali dipindahkan ke sekolah baru yang pelajarnya semua lelaki, dan bercadang untuk menubuhkan satu kumpulan muzik di kalangan pelajar sekolah itu, lebih-lebih lagi menjelang satu pertandingan bakat. Pada hari pertandingan, Ali membalas ejekan seorang penonton dengan bergaduh dengannya ketika kumpulannya tengah bermain. Akhirnya, apabila mereka menjalani hukuman bersama mereka mula menjalinkan hubungan erat melalui minat yang sama—muzik.
Sementara itu, Lyn terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya yang baru menjumpai dadah dalam almari Lyn.
SINOPSIS EPISOD : Hubungan Sofie dengan Zarul, seorang lelaki yang ditetapkan oleh ibu bapa Sofie sebagai teman lelakinya, mula retak setelah Zarul melakukan perkara yang menjelikkan Sofie dalam kereta. Tambahan lagi, ibu bapa Sofie pula bercerai — perceraian kedua untuk ibunya. Maka, Sofie mula bertemankan Ali, namun keadaan tidak bertambah baik. Sofie meluahkan rasa tidak puas hati dengan merampas pentas di gig One Buck Short.
Sementara itu, Lyn bergaduh dengan Boy yang menjual dadah kepadanya.
SINOPSIS EPISOD : Selama ini, Adii sering bergaul dengan seorang yang belum ditemunya secara muka ke muka, sebaliknya hanya melalui mesej segera di komputer. Mereka berdua berhasrat untuk bersemuka, namun hasrat itu gagal dicapai. Lebih-lebih lagi, Adii tersilap sangka seorang pemuzik di kelab sebagai taman atas taliannya itu. Lama-kelamaan Abu dan Adii kian mesra sesama sendiri.
Lyn pula membantu ibunya bersiap untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
SINOPSIS EPISOD : Abu sering membimbangkan bapanya dengan masalah disiplinnya di sekolah dan di rumah. Ini diterukkan lagi dengan kematian abangnya (rakan online Adii dalam episod 4) yang mengenakan tekanan emosi kepada Abu. Dalam episod inilah pemutikan persahabatan Abu dan Ali diceritakan semula.
SINOPSIS EPISOD : Lynn menghadapi kesukaran menyesuaikan dirinya di Kuala Lumpur dan sekolah barunya yang juga dihadiri Sofie dan Adii. Sofie dan Adii cuba sedaya upaya untuk berkawan dengan Lynn sehingga berjaya apabila mereka bertiga terkurung dalam bilik stor sekolah. Dan dari situlah Lynn menemui kawan-kawan lain, termasuk Ali yang merupakan peminat setia fanzinenya.
SINOPSIS EPISOD : Kini bersatu dengan empat orang kawan barunya, Lyn gemuruh apabila mereka ingin mengenali identiti sebenar Teka-Teki. Mereka berlima berpakat untuk menghadiri gig di Planet Hollywood pada hujung minggu. Akan tetapi, keghairahan mereka tereganggu oleh kejadian seorang kenalan Abu terlibat dalam kemalangan, diburukkan lagi dengan Abu sendiri ditangkap kerana mencuri di kedai.
SINOPSIS EPISOD : Setelah Abu ditahan, hubungan antara empat sahabat lain renggang dan hilang semangat, terutamanya Ali yang bergelut dalam urusan kugirannya. Lynn merasa tertekan kerana perubahan mendadak ini, tetapi akhirnya menunaikan janji untuk membawa fanzinenya ke alam Internet. Meskipun Abu sering tertindas oleh penghuni yang lain dalam pusat pemulihan, namun dia tetap rajin berusaha untuk memperbaiki diri. Akhirnya Abu dikunjungi kawan-kawan dan keluarga, menandakan rasa kasih sayang dan prihatin masih diterimanya.
AKHIR KATA
CERITA NI MEMANG BUAT AKU TERINGAT ZAMAN AKU SEKOLAH DULU - DULU..TIME TU MEMANG KAKI PI GIG LA.HAHA MASA TU LAYAN LOCAL BAND SECARA UNDERGROUND JA.MANA DA BAND ALTERNATIVE ATAU KORANG PANGGIL INDIE NI MASUK2 TV..RADIO PUN TAK MASUK..TAK MACAM SEKARANG,,HAHA...
OKAY SELAMAT MELAYAN CERITA YANG BEST NI...(ending Kami the series ni ada kat Movienya dan akan dipostkan nanti,,)
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )