Saturday, April 2, 2011

DRAMA (6 PROGRESIF Episod 1 - 7)


Halo semua..atas request yang banyak dari rakan - rakan satu lagi slot tambahan aku sertakan di sini iaitu slot DRAMA.
drama ini bertajuk 6progresif..ceritanya sangat santai dan menarik memang boleh mengimbau masa zaman sekolah kita semua la..so sweet..haha jum check out ^__^

Mula Tayangan: 13 Januari
Hari Tayangan: Setiap Khamis
Masa Tayangan: 8.30 malam
Pelakon: Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris
Episode: 14 episod

Sinopsis 6 Progresif
6 Progresif mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli, Dahlia, Lily dan Kecoh
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.
Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ‘reject’ dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.
Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.
Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka



EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7


AKHIR KATA
CERITA NI MEMANG BUAT AKU TERINGAT ZAMAN AKU FORM 6 KAT SEKOLAH MENENGAH DULU..RINDU NAK KEMBALI KE WAKTU TERSEBUT..LEPAK AMEK STPM SEMULA..HUHU...OKAY SELAMAT MELAYAN CERITA YANG BEST NI...(episod 8 - 14 akan dipostkan nanti,,tunggu..)
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )



CREDIT TO: Team Aryzs and ROYbuffy for the premier link uploader





























Friday, April 1, 2011

LIVE SHOW (Avril Lavigne Best Damn Tour Live in Toronto 2008)

Halo semua..ini siri kolum terbaru dekat blog site aku ni. Siri LIVE SHOW ni aku akan kongsikan dvd atau video konsert, gigs atau live show band - band dan solo singer. For the start, kita layan live show cik Avril yg memang best ni masa dia tour live in Toronto pada tahun 2008..
 DVD COVER


SCREEN PREVIEW


MEDIAFIRE LINK:






AKHIR KATA
YEAH!! AVRIL PUNYA SHOW MEMANG THE BEST DAMN SHOW LA..HAHA..SHE` SO ROCK..HAHAHA.. 
DAN JIKA ADA INGIN REQUEST SILA TAIPKAN DI RUANG CHAT BOX SEBELAH KANAN BLOG INI ...ENJOY YA..
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )









MOVIE (SINI ADA HANTU) ^__^

Filem pilihan kali ini adalah filem komedi seram 3 in 1..selamat melayan semua ^__^
Sinopsis Filem Sini Ada Hantu
Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… 

HANTU POKOK PISANG 
Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.
Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam…

KISAH SERAM 4D
Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi… Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut.

TANDAS ASRAMA BERHANTU
Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. 


VAN
Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya

SCREEN PREVIEW
TRAILER FILEM
MEDIAFIRE LINK:





AKHIR KATA
SELAMAT MEN-DOWNLOAD DAN MENONTON KEPADA KORANG SEMUA, 
DAN JIKA ADA INGIN REQUEST SILA TAIPKAN DI RUANG CHAT BOX SEBELAH KANAN BLOG INI ...ENJOY YA..
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )









Thursday, March 17, 2011

PERISIAN (Acoustica Mixcraft 5 portable)



  1. Hai semua. Kali ini siri slot PERISIAN atau software ini kembali lagi. Kali ini aku akan kongsi satu lagi perisian menarik seperti yang korang semua lihat pada gambar di atas. Perisian terbitan Acoustica ini dikenali sebagai Mixcraft yang telah sampai version yang ke-5. Tengok gambar di atas pun boleh agak dah perisian ni digunakan untuk bikin muzik. Perisian ni kiranya  is  powerful yet easy-to-use multi-track recording studio la. Ia menyenangkan proses recording audio, arrange loops, remix tracks, compose dengan virtual instruments, score dan edit video, dengan pelbagai efek tambahan, ala - ala profesional gitu..haha. 
  2. Perisian ini mudah dan very powerful la pada aku.Lagi mudah daripada pakai perisian CUBASE,CAKEWALK atau ACID PRO. Bagi musician atau budak - budak band sure diorang familiar dengan perisian - perisian yang aku sebut tadi..haha..but for me, mixcraft is much easy and better la.
  3. Request kali ini juga datang dari sahabat aku seorang pemuzik dari sarawak iaitu saudara Lerrie Zane. Maka kepada korang yang berminat ingin mencuba recording lagu korang secara d.i.y(do it yourself) secara raw di rumah, maka aku syorkan korang install perisian ni kat laptop atau pc korang

Perisian ini mudah je nak explore dan install macam biasa saja. Aku sendiri pun tak update lagi ke version 5 ni..haha, aku pakai version yang sebelum ni pun dah syok rekod lagu, yang baru ni lagi la banyak improve yang dibuat.
Macam - macam la boleh dibuat dengan perisian ni, bukan setakat mix audio je, video pun boleh. Pada yang berminat nak mix - mix video, korang leh tgok video yang aku preview kat bawah ni untuk lebih memahami perisian ini dari sudut video editing, tapi kalau tak cukup korang boleh explore more kat YOUTUBE untuk melihat pelbagai lagi teknik - teknik menggunakan perisian ini.
Seperti biasa aku tunjukkan gambar - gambar preview screen untuk tatapan korang, kemudian video preview sikit dan di bawah sekali aku sediakan ruang untuk korang menyedut atau muat turun perisian ini. ^__^

Screen
Preview ^__^



VIDEO PREVIEW





jika perisian tu ada mintak key untuk elak dari jadi trial 30 hari,korang sedut key yang aku bagi kat bawah ni...haha selamat mencuba


Klik di sini untuk sedut mixcraft 5 key



AKHIR KATA
SELAMAT MENYEDUT DAN MENCUBA..
LET THE MUSIC SPEAK IT SELF ENJOY!!
(noktah/titik/tamat/the end of this post (^__^ )







Tuesday, March 15, 2011

SIRI TV (SMALLVILLE season 10 - Episode 10 hingga Episode 16)




Ini dia latest update untuk episod terbaru siri Smallville season 10..(episod 10 - 16)...enjoy wei..clark kent semakin sempoi..lois lane makin seksi dan banyak aksi2 super power yang cool..enjoy!! ^__^

SCREEN PREVIEW:



KLIK PADA TAJUK EPISODE DI BAWAH INI UNTUK MENYEDUT ^__^








AKHIR KATA
SOMEBODY SAVE ME...!!! HAHA ENJOY!!
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )
















SIRI TV (SMALLVILLE season 10 - Episode 01 hingga Episode 09)


Musim terakhir untuk siri tv kegemaran ramai SMALLVILLE. Kalau yang dok follow kat TV3 sure tak sampai lagi season ni sebab baru nak masuk season 8 tak silap aku. Haha..padahal siri ni dah sampai final season dah.
Baiklah bagi yang beminat silalah layan season last ni. Kalau nak ikut sekarang ni dah episod 16 dah pun, okay aku postkan sekali harung episod 1 sampai 9 dulu untuk korang layan sekali harung....enjoy it guys ^__^


SCREEN PREVIEW:



















KLIK PADA TAJUK EPISODE DI BAWAH INI UNTUK MENYEDUT ^__^
AKHIR KATA
SAMBIL MENONTON SIRI SMALLVILLE NI SAMBIL LAYAN LAGU BAND REMY ZERO TAJUK SAVE ME...HAHA ENJOY!!
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...