Perlawanan ini merupakan perlawanan yang amat dinantikan. Pasukan LIVERPOOL yang dicintai akan menentang musuh utama yakni MANCHESTER UNITED di anfield yang merupakan gelanggang keramat skuad THE REDS untuk berentap dengan musuh - musuhnya.
Liverpool wajib menang perlawanan ini untuk memburu tempat empat teratas liga untuk mengisi slot liga juara - juara pada musim depan. Walaupun man united berada pada tempat teratas liga, mereka tidak boleh berasa selesa kerana Arsenal sedang mengikut rapat dan cuba memintas mereka kembali setelah mereka menghadapi kekalahan kedua di kaki skuad chelsea(aku pakai istilah kaki la,takkan sepak bola pakai tangan plak..haha) ketika berkunjung ke stamford bridge.
(lepas kalah tu memang hancurlah ego diorang,,haha)
Kini skuad Liverpool masih berada di tangga ke-6 dan sedang dalam usaha untuk memintas skuad Spurs yang berada di tangga ke- 5 liga.
Perlawanan dengan man united kali ini dilihat memberi sedikit kelebihan kepada Liverpool kerana ketiadaan Vidic yang dilayang kad merah dan ferdinand yang menghadapi kecederaan pada perlawanan man united yang lalu.
As Liverpool fan,kita juga menantikan aksi sulung Andy Carroll pada perlawanan ini. Besar kemungkinan gak dia akan diturunkan tapi tak pasti starting line up atau sub. Tambah lagi dia berpadu tenaga dengan Luiz Suarez di barisan hadapan untuk menyerang..pergh!! pasti menyengat!!Just wait and see malam ini kat depan TV atau online stream dpan pc/lappy.haha..
Diharapkan juga skuad the reds akan bangkit menang dengan bergaya di anfield dan menghadiahkan kemenangan tersebut kepada king kenny kita
sempena ulang tahun kelahiran beliau di anfield ^__^
AKHIR KATA
YOU`LL NEVER WALK
ALONE!!!
(noktah/titik/tamat/the end of this post ^__^ )
No comments:
Post a Comment